Mar 25, 2024, 8:05:55 AM
BRUNEI MUARA, Jumaat 22 Mac - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Daerah Polis Brunei Muara telah menjalankan satu Operasi Sepadu bersama agensi-agensi penguatkuasa undang-undang yang melibatkan pegawai dan anggota dari Daerah Polis Brunei Muara, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Jabatan Daerah Brunei dan Muara (JDBM) dan Jabatan Kemajuan Perumahan (JKP).
Sasaran operasi adalah di kawasan perumahan di mukim Berakas dan dipercayai mengadakan kegiatan bunyi-bunyian (karaoke). Operasi berkenaan yang dimulakan dalam sekitar jam 10.30 malam telah diketuai oleh Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Brunei Muara.
Hasil dari operasi tersebut, semua peralatan elektronik seperti speaker, televisyen dan mikrofon telah dirampas dan dibawa ke balai. Pemilik-pemilik rumah bersama pelanggan-pelanggan juga telah dibawa ke balai untuk siasatan lanjut.
Operasi ini adalah salah satu usaha berterusan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang dan peraturan-peraturan di Daerah Brunei dan Muara dalam misi membanteras dan membendung kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang dan peraturan-peraturan yang berkuatkuasa pada masa ini.
Untuk sebarang maklumat, sila layari www.polis.gov.bn
#upappdb #ppdb_bn
https://www.instagram.com/p/C47gze9hyBm/↳
68 comments
Pasukan Polis Diraja Brunei ‘Bersama Menghadapi Cabaran’ • Jika ada sebarang maklumat, sila Direct Message melalui ig @upa.ppdb
Others are checking this out too! ⤵︎
also has 1+ Service and 9+ Event.
I found the information below and here's a summary
Did you hear about the karaoke crackdown in Brunei? The police swooped in during the night, seizing speakers and microphones like it was a musical heist! Talk about hitting the high notes of law enforcement! 🎤🚓
Others are checking this out too! ⤵︎