Hello šŸ‘‹šŸ», you are previewing Brunei's next generation šŸŽ‰

Everything Bruneireally, everything ā¤“ļøŽ

I found the information below and here's a summary

ā€œ

I'm thinking

Information

instagram post

https://www.instagram.com/p/C4ow_77h3Di/

Mar 18, 2024, 1:21:19 AM

Brunei-Muara, Khamis 14 Mac ā€“ Pada awal pagi Khamis, satu cubaan membawa masuk barang tegahan melalui perairan telah berjaya dipatahkan hasil gerakan Operasi Sepadu Agensi Penguatkuasa Undang-Undang negara ini.

Operasi Rondaan Teluk kali ini melibatkan agensi dari Polis Marin, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) serta Biro Kawalan Narkotik (BKN) dengan tumpuan operasi di kawasan perairan Teluk Brunei.

Semasa operasi tersebut, pasukan operasi telah berjaya mengesan dan seterusnya memintas sebuah perahu yang mencurigakan dengan 3 individu semasa ianya sedang melalui Kawasan perairan Jambatan Sultan Haji Omar Ali Saifuddien. Setelah menyedari akan kehadiran pihak penguatkuasa, perahu tersebut memecut laju dan semasa kejadian kejar mengejar berlaku, suspek bertindak dengan membuang beberapa muatan dalam perahu ke dalam air untuk mengelak dari ditahan oleh pihak berkuasa. Perahu suspek telah melarikan diri ke sempadan negara jiran.

Usaha mencari barang tegahan yang dibuang telah berhasil menemukan sejumlah 550 tin minuman keras berbagai jenama. Semua barang tegahan yang berjumlah 550 tin diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja untuk tindakan selanjutnya.

Operasi seperti ini adalah usaha berterusan agensi-agensi penguatkuasa undang- undang di negara ini dalam misi membanteras dan membendung kegiatan-kegiatan yang melanggar undang-undang yang berkuat kuasa pada masa ini

Untuk sebarang maklumat, sila layari www.polis.gov.bn

#upappdb #ppdb_bn

https://www.instagram.com/p/C4ow_77h3Di/

ā†³

4 comments

ā†³ Posted By

Unit Perhubungan Awam

Unit Perhubungan Awam

Pasukan Polis Diraja Brunei ā€˜Bersama Menghadapi Cabaranā€™ ā€¢ Jika ada sebarang maklumat, sila Direct Message melalui ig @upa.ppdb

Loading..